Kebahagiaan adalah subjektif maknanya pada diri seseorang. Akan tetapi ada satu sahaja persamaan yang ada di antara kita semua. Kita semua mahu bahagia.....
Semua terletak pada diri kita. Kebahagiaan akan sentiasa mengelak untuk datang menyinggah dalam hidup kita. Tetapi jika kita berusaha untuk mendapatkan rasa bahagia itu, kebahagiaan itu pasti akan tiba juga. Cuma ita terlupa, bahawa setiap pintu kebahagiaan ada kuncinya tersendiri.
Bila kita tersenyum, hati akan rasa tenang. Jika hati rasa tenang, otak akan mula memberikan impak yang positif dalam pemikiran kita.
Jangan biarkan diri anda terdedah dengan perasaan ini. Jangan kerana ini, ianya mengongkong terus diri anda di dalam kepompong kesusahan
Jika kita terlupa, setiap kejadian ciptaan Allah, ada kekuatan yang tersendiri. Carilah di mana kekuatan itu pada diri anda. Berilah sedikit penghargaan pada diri anda sendiri. Dan berhentilah dari merosakkan otak dan pemikiran anda seumur hidup anda nanti
Kadangkala kita hanya tersenyum dan tersengih tapi tidak selalu ketawa. Cubalah sekali sekala ketawa tanpa di tahan-tahan dengan mengimbau kenangan yang melucukan. Pelajarilah dan selamilah nikmat ketawa. Dengan ketawa, boleh membuatkan kita rasa gembira.
Cari dan hayati bakat terpendam anda. Dengan anda salami bakat yang sedia ada, hidup akan merasa puas. Puas melakukan apa yang kita suka.
Memberi pertolongan sesame manusia mampu membuatkan kita rasa bahagia. Disamping mendapatkan pahala,tanpa mengharapkan keuntungan apa-apa, orang yang menerima pertolongan tersebut akan merasa penuh berterima kasih pada diri anda, sekaligus anda merasa penghargaan tanpa di minta-minta dan ini boleh membuatkan kita merasa berkeyakinan semula pada diri kita.
Carilah aktiviti seperti bermain jet-ski, mendaki gunung, berkayak atau “rock-climbing” atau bersesuaian dengan diri anda. Selain dari rasa puas, dari rasa stress berlebihan dari kerja seharian, anda akan rasa bahagia dengan kehidupan baru anda.
Rasa bahagia itu mampu di miliki dengan penuh rasa pasti. Jawapan ada di tangan anda. Mula lah tersenyum kerana dengan adanya kunci tersebut, anda mampu mengetuk semua pintu kebahagiaan.


1 comments:
http://juicyjunkieswardrobe.blogspot.com/
check out our blogshop ad follow us, happy shopping! :D
Post a Comment